Isu melibatkan bekas pasangan selebriti kembali jadi perhatian apabila Dr Fie tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan bekas suaminya, Nubhan. Keadaan jadi lebih tegang apabila perkara itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie mendakwa barang peribadinya dikeluarkan dari rumah yang didiami bersama anak-anak tanpa sebarang makluman awal. Situasi ini nyata buatkan emosi beliau terganggu dan kecewa.
Barang peribadi dikeluarkan tanpa pengetahuan Dr Fie
Kita di luar negara. Habis diangkut barang-barang saya keluar dari rumah yang saya duduk sekarang dengan anak-anak. Tanpa bertahu saya! Kejam kamu Nubhan Ahamad!.- Katanya.
IKLAN
Bukan sekadar dikeluarkan, Dr Fie turut mendakwa barang-barang tersebut dicampakkan sahaja di hadapan rumah ibunya. Keadaan itu membuatkan dia berasa sedih dan tertekan.
Menurut Dr Fie, perkara sama pernah berlaku sebelum ini dan bukan kali pertama dia diperlakukan sedemikian. Malah, tindakan itu dikatakan berulang sehingga melibatkan orang sekeliling.
Aset didakwa atas nama bekas suami
Dr Fie turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila aset-aset yang pernah dipaparkan di media sosial didakwa bukan miliknya. Katanya, semua aset tersebut adalah atas nama bekas suami iaitu Nubhan Ahmad dan hanya digunakan sebagai kandungan media sosial.
Rumah nama kau! Kereta nama kau! Macam tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan.- Katanya.
Status perceraian telah disahkan
Untuk makluman, Nubhan Ahmad dan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek telah sah bercerai. Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan dua lafaz cerai serta satu lafaz rujuk yang dibuat pada 21 Januari 2017 dan 26 Ogos lalu.
Isu terbaharu ini bagaimanapun membuka kembali perbincangan ramai tentang cara penyelesaian yang lebih berhemah selepas perceraian, terutamanya apabila melibatkan anak-anak dan harta benda.
Pssttt! Ohmedia harap isu macam ni boleh diselesaikan dengan berbincang secara baik. Bila melibatkan emosi, harta dan anak-anak, keputusan terburu-buru selalunya hanya tambah luka yang sedia ada.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini:
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM