Connect with us

Oh! Media

Dr. Ahmad Najmee Mohon Maaf Kutuk Ustaz Azhar Idrus, Mohon Diberi Peluang Kedua

ahmad najmee

Trending

Dr. Ahmad Najmee Mohon Maaf Kutuk Ustaz Azhar Idrus, Mohon Diberi Peluang Kedua

Seorang doktor dikenali sebagai Ahmad Najmee tampil membuat permohonan maaf kepada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus selepas memuat naik satu kenyataan menimbulkan kemarahan ramai.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, kenyataan tersebut menyebabkan dia dikecam dan orang ramai membuat ugutan mahu memboikot kliniknya.

ahmad najmee

Sedar kesilapan yang telah dibuat, doktor ini telah membuat satu pertemuan dengan wakil ustaz iaitu Mazuman untuk meminta maaf.

Lapor Kosmo!, doktor ini juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Ustaz Azhar sendiri namun jadual ustaz difahamkan terlalu padat.

Dengan segala rendah hati saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan tuduhan kurang cermat terhadap Ustaz Azhar Idrus yang memberi impak besar kepada banyak pihak.

Keterlanjuran kata ini adalah hasil daripada kelemahan diri saya sendiri yang terlalu beremosi akibat terpengaruh dengan provokasi di media sosial.

Permohonan maaf secara peribadi berbentuk video juga diajukan kepada UAI.

Ahmad Najmee mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku supaya lebih menjaga kata-kata terhadap golongan ilmuan agama.

https://www.tiktok.com/@amalmakrufnahimungkar01/video/7317100300463131922

Dia juga menganggap ini adalah kafarah dosa-dosanya yang tidak menghormati orang berilmu dalam bidang agama.

Saya reda dengan segala cercaan dan makian atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya tidak dapat mengharapkan kalian semua memaafkan saya, tetapi mohon sedikit ihsan supaya memberikan saya peluang kedua.

Pertemuan dengan Mazuwan semalam membuka hati saya tentang keikhlasan UAI menyampaikan ilmu agama kepada semua. Tidak hairan kenapa UAI menjadi kesayangan kepada pecinta ilmu agama.

Dia memohon orang ramai dapat mendoakan agar dia diberikan taufik dan hidayah. Selain itu, dia berharap dirinya, keluarga dan kakitangan klinik tidak dikasari atau dicederakan kerana ketelanjuran katanya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas