Connect with us

Oh! Media

Doktor Kongsi 3 Langkah Betul Bila Lihat Kemalangan, Bukannya Sangsi Dan Rakam Mangsa

Trending

Doktor Kongsi 3 Langkah Betul Bila Lihat Kemalangan, Bukannya Sangsi Dan Rakam Mangsa

Tindakan seorang wanita menuduh pemandu treler mabuk sehingga menyebabkan kemalangan telah mengundang rasa marah orang ramai.

ADVERTISEMENT

Pemandu tersebut sebenarnya terkena serangan jantung menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

BACA: Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

Di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerangkan tiga langkah utama yang perlu diambil sekiranya anda terlihat kemalangan. Langkah-langkah tersebut adalah selamat, sedar dan 999.

Ujar beliau, langkah pertama adalah memastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat. Alihkan penyebab bahaya atau elakkan berada di kawasan berkenaan.

Langkah kedua adalah memeriksa keadaan mangsa sama ada sedar atau pun tidak. Manakala langkah terakhir adalah dengan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Sementara itu, perkara penting yang perlu dielakkan adalah perasaan sangsi atau buruk sangka terhadap mangsa. Perkara tersebut secara tidak langsung boleh mempengaruhi pertimbangan anda sebagai penyelamat atau saksi kejadian.

Tambah doktor ini lagi, anda juga perlu mengelak daripada merakam keadaan mangsa kemalangan kerana ianya boleh mengganggu privasi dan kehormatan mangsa.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang barangan di tempat kejadian. Tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.

Untuk informasi kesihatan berguna yang lain anda bolehlah merujuk laman ke Facebook Dr Kamarul Ariffin.

Kredit: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas