Connect with us

Oh! Media

Doktor Hospital Kemaman Didakwa Cabul Kanak-Kanak, Buka Baju Dan Raba Dada Mangsa

doktor cabul hospital kemaman

Trending

Doktor Hospital Kemaman Didakwa Cabul Kanak-Kanak, Buka Baju Dan Raba Dada Mangsa

Terkini! Seorang doktor lelaki berusia 30 tahun ditahan polis Terengganu untuk membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, penahanan suspek dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada malam Rabu.

Didakwa cabul suspek ketika merawat

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa memberitahu, doktor perubatan yang berkhidmat di Hospital Kemaman itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa ketika merawatnya di  di Wad Kanak-Kanak di hospital itu.

Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut.

Berdasarkan keterangan mangsa, polis telah merampas telefon bimbit suspek dan menemui gambar di dalamnya. Berdasarkan penemuan itu, polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas