Connect with us

Oh! Media

“Doakan Yang Terbaik Untuk Adik Saya Dan Family Kami Dekat Sini” – Abang Nur Farah Kartini

Ohmedia nur farah kartini ohmedia

Trending

“Doakan Yang Terbaik Untuk Adik Saya Dan Family Kami Dekat Sini” – Abang Nur Farah Kartini

Abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini dilihat menahan sebak semasa ditemubual wartawan ketika berada di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menerusi video yang dimuat naik Kosmo!, Mohd. Farriza Amir berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang banyak membantu mereka.

Beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham Nur Farah Kartini dan keluarga yang tinggal.

IKLAN

Mengenai proses pengebumian pula, Farriza memaklumkan ianya akan dilakukan hari ini di Pekan Pahang selepas selesai solat asar.

BACA: Punca Kematian Nur Farah Kartini Belum Disahkan Kerana Mayat Reput Di Muka, Dada

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor Isnin lalu adalah Nur Farah Kartini Abdullah.

Mayat seterusnya akan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Ohmedia nur farah kartini ohmedia

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas