Connect with us

Oh! Media

Dituduh Hari Ini, Pegawai Polis Sebabkan Kematian Pelajar Dikawal Ketat 6 Kenderaan Polis

Polis 2

Trending

Dituduh Hari Ini, Pegawai Polis Sebabkan Kematian Pelajar Dikawal Ketat 6 Kenderaan Polis

Tertuduh kes langgar Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie yang merupakan seorang pegawai kanan polis hari ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk dituduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

BACA: Terkini! Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Zaharif Affendi

IKLAN

Memetik laporan Malaysia Gazette, media meluahkan rasa kecewa apabila tertuduh dikawal ketat enam kenderaan polis ketika tiba di mahkamah pagi ini.

Polis
Polis
Foto Malaysia Gazette

Tertuduh dilihat diiringi beberapa orang anggota polis yang lain sementara bahagian kepala ditutup menggunakan kain hitam.

Tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak yang berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah memakai baju t-shirt putih bersama berseluar pendek paras lutut.

Tangannya dilihat digari dan hanya tunduk ketika berjalan masuk ke mahkamah.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas