Connect with us

Oh! Media

Terkini! Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Zaharif Affendi

Oh! Tidak

Terkini! Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Zaharif Affendi

Hari ini pegawai kanan polis yang disyaki melanggar pelajar lelaki tingkatan lima, adik Zaharif Affendi sehingga maut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2024.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Lelaki berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi bersama Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Terdahulu, Azlina memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan-laporan lain termasuk laporan kimia dan mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas