Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Mabuk, Seorang Lelaki Maut Tikam Paha Sendiri

Trending

Dipercayai Mabuk, Seorang Lelaki Maut Tikam Paha Sendiri

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kejadian yang mendatangkan kecederaan atau kematian dan kebanyakkannya berpunca daripada seseorang yang mabuk.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Dipercayai Mabuk Rempuh Semua Staf Restoran, Seorang Maut Yang Lain Cedera Parah

Jika dipandang dalam sudut agama sendiri, minum minuman keras adalah haram kepada semua umat islam kerana ia berbahaya serta mampu membawa kesan yang buruk kepada kesihatan tubuh badan.

Malah, setiap orang yang minum secara berlebihan, mereka akan hilang koordinasi gerak tubuh badan serta mengganggu kewarasan fikiran sehingga berlaku insiden yang tidak disedarinya.

Seorang lelaki dipercayai mabuk, maut tertikam paha sendiri

Bagaimanapun, terdapat sebuah kejadian yang memilukan apabila seorang lelaki yang dalam keadaan tidak ‘waras’ dipercayai mabuk, maut akibat tertikam peha sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah premis di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Tambahnya, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui lelaki berusia 49 tahun itu terbaring di atas lantai dan dalam berlumuran darah.

Asisten Komisioner Beh Eng Lai

Berdasarkan siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan didapati lelaki itu bersama dua rakan sekerja minum minuman keras selepas menutup operasi premis pada 12 tengah malam.

Pada 3.04 pagi, lelaki itu dilihat mengambil sebilah pisau di dalam premis dan menikam paha kanannya beberapa kali sebelum rebah di atas lantai.

Kata Beh Eng Lai, hasil pemeriksaan terhadap lelaki yang juga merupakan seorang pelayan di premis tersebut mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada paha kanan mangsa.

Berhubung dengan kejadian itu, beliau menyatakan bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku serta kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, bedah siasat akan dijalankan oleh Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas