Connect with us

Oh! Media

Dinding Rumah Selalu Ada Kesan Hitam Lepas Hujan? Cat Ini Beri Perlindungan Anti-Kotoran 5X Lebih Baik

Trending

Dinding Rumah Selalu Ada Kesan Hitam Lepas Hujan? Cat Ini Beri Perlindungan Anti-Kotoran 5X Lebih Baik

Rumah dengan konsep moden dan minimalis memang nampak cantik, lebih-lebih lagi apabila bahagian luar rumah masih bersih dan warna catnya menyerlah.

Tapi, pernah tak korang perasan dinding rumah mula nampak kusam, ada kesan hitam di bawah bumbung atau tompok kotoran pada pagar walaupun rumah baru sahaja dicat?

Keadaan ini boleh berlaku apabila habuk, pencemaran udara dan kotoran terkumpul pada permukaan dinding, sebelum meninggalkan kesan yang semakin jelas seiring masa.

IKLAN

Sebab itu, pemilihan cat luar rumah bukan sekadar tentang warna yang cantik. Perlindungan terhadap kotoran dan cuaca juga penting untuk membantu mengekalkan penampilan rumah kekal cantik.

Cat Luar Rumah Dengan 5X POWER Anti-Dirt Formulation 

Bagi korang yang sedang mencari penyelesaian untuk dinding luar rumah, Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt hadir sebagai cat kategori Ultra Premium Exterior yang mengetengahkan 5X POWER Anti-Dirt Formulation. Menurut Nippon Paint, formulasi ini sehingga 5X lebih berkesan menahan kotoran berbanding cat luaran biasa.

Formulasi ini menggunakan gabungan dua jenis polimer, iaitu UV-Engineered Polymer dan Dirt Repel Polymer, yang direka untuk membantu meningkatkan ketahanan permukaan cat terhadap pengumpulan kotoran.

Gabungan teknologi ini bertujuan menjadikan dinding lebih sukar untuk kotoran melekat, sekali gus membantu mengekalkan penampilan luaran rumah agar kelihatan lebih bersih untuk tempoh yang lebih lama.

Biarkan Air Hujan Membantu Membersihkan Dinding

Satu lagi ciri menarik Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt ialah mekanisme pembersihan kendiri menggunakan air hujan.

Secara ringkas, Dirt Repel Polymer menghasilkan permukaan penolak kotoran yang diaktifkan oleh air hujan, jadi kotoran lebih sukar melekat dan air hujan membantu membasuhnya sebelum ia sempat menumpuk.

Aliran air ini membantu membilas habuk dan kotoran yang tidak melekat kuat pada permukaan dinding, sekali gus mengurangkan pembentukan kesan jalur hitam selepas hujan.

Mekanisme ini sangat relevan untuk bahagian rumah yang mudah menunjukkan kesan kotoran, seperti bawah cucur atap, ambang tingkap, dinding pagar dan permukaan fasad yang luas.

Bukan Setakat Anti-Kotoran, Warna Pun Perlu Kekal Menyerlah

Selain kotoran, pendedahan berterusan kepada cahaya matahari dan cuaca tropika juga boleh menyebabkan warna cat semakin pudar atau permukaannya mengalami proses pengapuran atau chalking.

Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt menggabungkan beberapa teknologi sokongan untuk membantu menangani masalah tersebut.

Antaranya ialah Quartz Technology yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap cuaca dan pendedahan bahan kimia, termasuk hujan berasid. 

Teknologi Fibra pula membantu menguatkan lapisan filem cat, manakala Sunblock direka untuk membantu memantulkan haba. 

Colour Care memberikan perlindungan UV bagi membantu mengekalkan warna, sementara Microblock Teknologi membantu melindungi permukaan daripada pertumbuhan kulat dan alga.

Keep Clean Technology pula membantu menahan resapan kotoran, alkali dan efflorescence (tompok garam putih) daripada dinding simen.

Gabungan teknologi ini direka untuk membantu dinding menghadapi pelbagai cabaran cuaca tropika, daripada sinaran UV dan kelembapan hinggalah kesan bahan pencemar.

Diuji Mengikut Piawaian Yang Diiktiraf, Perlindungan Sehingga 15 Tahun

Untuk menyokong prestasi produk, Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt turut menyenaraikan beberapa piawaian ujian yang diiktiraf berkaitan dengan ketahanan cat.

Antaranya termasuk SS 678:2021 bagi penilaian pengumpulan kotoran, ASTM G154-23 untuk pendedahan QUV-A dan pengekalan warna, SS5-G12:2020 bagi ujian luluhawa menggunakan Xenon Arc serta ASTM D2486 untuk ketahanan terhadap gosokan basah.

Piawaian ini merangkumi aspek prestasi yang berbeza, daripada kecenderungan permukaan mengumpul kotoran hingga ketahanan warna dan lapisan cat.

Produk ini turut menawarkan perlindungan sehingga 15 tahun, bergantung pada lokasi, pendedahan cuaca dan penjagaan, memberikan pemilik rumah satu lagi faktor untuk dipertimbangkan ketika merancang penyelenggaraan luaran rumah dalam jangka panjang.

Jangan Abaikan Lapisan Asas Sebelum Mengecat

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, pemilihan cat perlu disertai persediaan permukaan yang betul.

Penggunaan satu lapisan Nippon Paint 8100 Weatherbond® Sealer sebagai lapisan asas, diikuti dua lapisan Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt boleh membantu menyediakan permukaan untuk proses pengecatan.

Sebelum mengecat, pastikan dinding dibersihkan daripada habuk, kotoran, cat yang mengelupas serta kulat atau alga (contohnya dengan Nippon Paint Fungicidal Wash). Rekahan dan permukaan yang tidak rata juga perlu dibaiki terlebih dahulu, dan pastikan dinding benar-benar kering (kelembapan di bawah 16%) sebelum mengecat.

Untuk Rumah Yang Cantik, Perlindungan Pun Penting

Akhirnya, dinding luar rumah yang cantik bukan hanya bergantung pada pemilihan warna. Ketahanan terhadap kotoran, cuaca dan perubahan warna juga memainkan peranan dalam mengekalkan penampilan rumah.

Dengan 5X POWER Anti-Dirt Formulation, mekanisme pembersihan kendiri menggunakan air hujan, gabungan teknologi perlindungan serta perlindungan sehingga 15 tahun, Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt menawarkan satu pilihan untuk pemilik rumah yang mahukan dinding lebih bersih dan kecantikan yang tahan lebih lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, layari laman rasmi Nippon Paint Malaysia.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas