Connect with us

Oh! Media

Dikecam Gara-Gara Cari Jodoh Minima Muet Band 4, Lelaki Ini Tampil Pertahankan Diri

Trending

Dikecam Gara-Gara Cari Jodoh Minima Muet Band 4, Lelaki Ini Tampil Pertahankan Diri

Kecoh di Twitter apabila seorang lelaki tampil menyenaraikan ciri-ciri wanita idamannya di laman pencarian @TwtJodohMY.

ADVERTISEMENT

Antara yang menjadi perhatian ramai adalah lelaki ini mencari pasangan yang mempunyai kelulusan MUET (Malaysian University English Test) sekurang-kurangnya band 4.

Cari jodoh

Tak kurang juga yang mengkritik lelaki ini masih muda dan tak serius untuk cari pasangan hidup. Tak mendiamkan diri, lelaki ini tampil beri penjelasan.

Mengenai MUET, @arjunaindera98 berkata dia sangat mementingkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jadi dia rasa tak salah letak ciri-ciri MUET tersebut.

Jawab kecaman ramai

Dia juga menegaskan dia serius dan tak main-main dalam cari jodoh. Dia juga menafikan tuduhan kononnya memilih menyebabkan dirinya masih ‘single’.

Iyalah, nak cari teman hidup kot mestilah kena sesuai dengan diri kan?

Ada yang kata 24 masih muda, kenapa nak cari pasangan dekat Twitter? Lelaki ini menjelaskan dia mahu perhubungan yang matang dan di twtjodoh dia rasa penggunanya juga ‘genuine’ serta serius.

Foto: https://madeinuitm.com/

Bagi yang tak tahu, MUET adalah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti. Siapa-siapa yang bercadang nak sambung pelajaran di institusi pengajian tinggi kena ambil ujian MUET dulu.

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Markah dikira ikut band iaitu 1,2,3,4,5 dan 6. Yang paling bagus mestilah 6. Korang band berapa?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas