Connect with us

Oh! Media

Didakwa Pukul Pemandu Treler, Anggota Polis Trafik Bela Diri

20221018 115528 0000

Trending

Didakwa Pukul Pemandu Treler, Anggota Polis Trafik Bela Diri

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang video yang tular di mana seorang pemandu lori treler mendakwa dirinya dipukul oleh seorang anggota polis trafik, eh betul ke?

BACA: Tahan Pemandu Patuh Peraturan Jalan Raya, Anggota Polis Trafik Disiasat

Kejadian pergaduhan antara pemandu lori treler dan anggota polis trafik itu berlaku di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

IKLAN

Tak mahu beri kerjasama

@abechikkelantan beginila nasib pemandu lori rakyak malaysia #pdrm #silaambiltindakan ♬ bunyi asal – Abe Chik Kelantan

Menurusi rakaman video yang tular di TikTok, pemandu lori treler itu mendakwa bahawa anggota polis trafik itu bertindak menahan dan memukulnya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata, anggota polis trafik berkenaan telah pun tampil membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Pemandu treler itu enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan, malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat, lalu bertindak membuka pintu dan terus menumbuk muka anggota trafik sebanyak dua kali sebelum menendang motosikalnya. – Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri

Anggota polis trafik itu juga menyatakan bahawa pemandu tersebut memandu lori treler di lorong kanan yang sepatutnya dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja. Susulan kes berkenaan, pemandu treler telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas