Connect with us

Oh! Media

Didakwa Ingkar Perintah Injuksi Mahkamah, Adik Beradik Ira Kazar Tetap Seronok Jalan Di Mall

kakak ira kazar injuksi mahkamah

Oh! Artis

Didakwa Ingkar Perintah Injuksi Mahkamah, Adik Beradik Ira Kazar Tetap Seronok Jalan Di Mall

Segala tindak tanduk anak pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar, menjadi perhatian selepas namanya dikaitkan dengan konflik rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

BACA: Aksi Lincah Ira Kazar Jadi Perhatian, Netizen Tanya Betul Ke Dakwaan Mengandung?

Bukan setakat Ira, tingkah laku ahli keluarganya turut menjadi perhatian masyarakat lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan masuk campur dalam isu panas adiknya.

Langgar perintah injuksi?

keluarga ira kazar

Terbaru, mahkamah membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Ira, bapa dan kakaknya didakwa mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu dan perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen.

yasmin kaza
abang ira kazar

Lapor Berita Harian, pelakon Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu menghalang Ira dan sesiapa yang ada kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

Keluarga Ira Kazar jadi perhatian

Namun, perkongsian terbaru adik beradik Ira Kazar dilihat seperti tak terkesan dengan prosiding mahkamah tersebut.

adik beradik ira kazar
kakak ira kazar ingkar perintah mahkamah

Story dimuat naik oleh Yasmin menunjukkan mereka sedang ‘seronok’ keluar berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah dan ia pasti meraih perhatian netizen.

Kredit: Beautifulnara | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas