Connect with us

Oh! Media

Didakwa Belasah Isteri Sehingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Didakwa Belasah Isteri Sehingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Awal Mei lalu, seorang wanita dimasukkan ke hospital selepas cedera parah dipercayai akibat dipukul suami sendiri. Mangsa yang merupakan kakitangan awam mengalami kecederaan di kepala selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

ADVERTISEMENT

BACA: Keluarga Reda Wanita Dibelasah Suami Belum Sedarkan Diri, Harap Si Pelaku Segera Ditemukan

Terbaru, Harian Metro melaporkan, tertuduh, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isteri ketiganya itu.

Tertuduh yang merupakan seorang peniaga, didakwa dengan sengaja mencederakan isteri, Jahidah Nordin. Tertuduh didakwa memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga parah.

Mengikut laporan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei lalu.

Foto: Harian Metro/Nur Aisyah Mazalan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama. Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Susulan kes serius sehingga isteri tertuduh dilaporkan koma, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000. Namun tertuduh merayu jaminan dikurangkan kerana menanggung tiga isteri dan tujuh anak.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin. Tertuduh juga diperintah melapor diri di balai polis berhampiran dan diarahkan tidak mengganggu mangsa. Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas