Connect with us

Oh! Media

Didakwa Bakar Hutan Untuk ‘Content’ TikTok, Influencer Ini Teruk Dihentam

Tiktokter1

Trending

Didakwa Bakar Hutan Untuk ‘Content’ TikTok, Influencer Ini Teruk Dihentam

Di Pakistan, seorang influencer yang mempunyai 11.5 juta pengikut di TikTok berdepan dengan siasatan jenayah di atas dakwaan memulakan kebakaran hutan simpan di Taman Negara Margalla Hills untuk merakam video di tengah gelombang panas.

BACA: ‘Prank’ Pegang Tangan Isteri Orang, Content Prankster Dianggap Keterlaluan

Memetik laporan Insider, Humaira Asghar atau lebih dikenali sebagai Dolly mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas berkongsi video memakai gaun panjang berjalan dan menari berlatarbelakangkan hutan yang sedang terbakar.

IKLAN

Bakar hutan untuk content TikTok?

Di bahagian kapsyen video itu, Dolly dipercayai menulis “api meletus di mana sahaja saya berada”. Video berkenaan bagaimanapun telah dipadam.

Media Pakistan The News melaporkan polis Islamabad telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mereka sedang menyiasat sama ada Dolly melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar dan alam sekitar negara itu.

Mohon tindakan tegas

Influencer ini menerusi satu kenyataan menafikan dakwaan telah memulakan kebakaran dan berkata tindakannya merakam video adalah tidak membahayakan.

Tindakan tidak bertanggungjawab influencer ini telah mendapat kritikan keras daripada penduduk negara itu sendiri. Mereka menyeru tindakan tegas diambil untuk memberi pengajaran.

Kredit: Insider | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas