Connect with us

Oh! Media

Didakwa Ajak Wanita ‘Check In”, Dr Aliff Zaki Tampil Bersuara Selepas 2 Minggu Berdiam Diri

aliff zaki

Trending

Didakwa Ajak Wanita ‘Check In”, Dr Aliff Zaki Tampil Bersuara Selepas 2 Minggu Berdiam Diri

Sebelum ini, tular di aplikasi X dakwaan mengejutkan mengenai seorang pegawai perubatan yang terkenal di TikTok.

Nama beliau mula menjadi sebutan selepas ada beberapa individu tampil mendakwa doktor itu berkelakuan tidak sopan iaitu mengajak seorang wanita ‘check in’.

IKLAN

BACA: Nampak ‘Innocent’ Dan Berpendidikan, Netizen Dakwa Doktor Popular Berkelakuan Tak Senonoh

Selepas dua minggu mendiamkan diri, Dr Aliff Zaki akhirnya tampil memberi sedikit pencerahan tentang kontroversi panas yang sedang melanda dirinya.

Bersuara selepas 2 minggu berdiam diri

@alepza11

Nama aku Aliff tu bahasa arab, alpha adalah benda sama dalam latin. Itu je, takde bawak maksud lain. Tapi mulai hari ni, aku tukar nama tiktok supaya takde salah faham. #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Aliff Zaki

Aliff enggan mengulas isu tular dan menyerahkan segala urusan kepada pihak berkuasa termasuk peguam yang mengendalikan kes berkenaan.

Untuk apa yang berlaku, saya taknak bagi penjelasan atau sebarang kenyataan kerana kes ini telah diserahkan kepada pihak peguam, kes ini di peringkat apa, fasa apa biarlah yang berkaitan saja yang tahu.

Diaia memilih untuk mendiamkan diri bukan kerana lari daripada masalah, tetapi kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan yang sudah pun tegang.

“I was defenseless”

aliff zaki

Saya tak mampu nak respon satu-satu, I was defenseless. Jadi lebih baik saya tidak bercakap apa-apa daripada saya tersalah cakap maka saya serahkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dalam perkongsiannya di media sosial, Aliff turut meluahkan perasaannya sepanjang dua minggu yang penuh tekanan itu.

Menurutnya, dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa, namun dalam keadaan jiwa yang kosong.

Pssttt! Kadangkala, berdiam diri adalah langkah terbaik apabila kita sedang diuji dengan tohmahan dan kontroversi. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat.

Kredit: TikTok Aliff Zaki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas