Connect with us

Oh! Media

”Dia Nampak Takut-Takut..”, Rupanya Abang Ada Jumpa Suspek Lepas 4 Hari Nur Farah Kartini Hilang, Siap Burukkan Arwah?

Ohmedia suspek nur farah kartini

Trending

”Dia Nampak Takut-Takut..”, Rupanya Abang Ada Jumpa Suspek Lepas 4 Hari Nur Farah Kartini Hilang, Siap Burukkan Arwah?

Kecoh di media sosial mengenai kes bunuh adik Nur Farah Kartini sejak mayatnya dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini.

BACAOperasi Mencari Bahan Bukti Kes Bunuh Nur Farah Kartini Diteruskan

Terbaru! Abang kepada arwah iaitu Mohd Farizza Azmi mendakwa yang dia ada berjumpa dengan suspek kes pembunuhan Farah Kartini selepas 4 hari adiknya hilang menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube TV3.

IKLAN

Saya ada jumpa dia (suspek) di sebuah kedai makan. Saya tanya dia, ‘Ada tak ambil adik (Arwah Nur Farah Kartini), kalau ada pulangkan’.

Tapi suspek cakap dia tak tahu. Lepas itu saya tanya dia, ‘Tak ada rasa nak cari arwah ke?’. Dia kata ada cubaan nak cari.

Tapi dia nampak takut-takut. Rupa-rupanya (dakwaan) dia dah bunuh arwah dah masa itu.

Farizza memberitahu yang dia melakukan perkara itu kerana tahu suspek merupakan orang terakhir yang jumpa dengan arwah adiknya sebelum hilang.

Saya nak jumpa dan suspek dia sebab saya tahu bahawa dia adalah orang yang terakhir bersama arwah.

Macam mana saya tahu adalah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat arwah bekerja.

Saya juga nak minta tengok perbualan suspek bersama arwah adik di telefon tetapi dia mendakwa telah memadam semua perbualan tersebut.

Nak minta tengok rakaman ‘dashcam’ pun dia kata (footage) dah hilang.

Bukan tu jer, suspek ketika itu siap ada memburukkan arwah adiknya lagi.

Masa kami berjumpa itu dia banyak memburuk-burukkan nama baik adik saya.

Ohmedia suspek nur farah kartini

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas