Connect with us

Oh! Media

“Dia Kata Tunggu Pakcik Beli Aiskrim” – Kanak-Kanak Hilang Ditemui Lepas Enam Jam

Trending

“Dia Kata Tunggu Pakcik Beli Aiskrim” – Kanak-Kanak Hilang Ditemui Lepas Enam Jam

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan rumah di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor.

ADVERTISEMENT

BACA: Ditarik Masuk Kereta, Seorang Pelajar Perempuan Nyaris Jadi Mangsa Culik

Selepas kira-kira enam jam hilang, mangsa, Nur Damia Qaleesya ditemui selamat oleh seorang penduduk di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Individu yang menemui Damia, Aliffi Abd Rahim berkata, dia tergerak hati untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan perumahan itu bersama abangnya, Affandi.

Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.

Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu.

Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.

Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim.

Menurut Aliffi, ketika ditemui kanak-kanak itu berada dalam keadaan bingung. Dia cuba memujuknya dengan memberitahu ingin menghantarnya pulang berjumpa ibu bapanya.

Dia kemudian menyerahkan Damia kepada anggota polis mengawal kawasan kediaman ibu bapa Damia. Keterangannya turut diambil untuk membantu siasatan.

kanak-kanak hilang
Foto: Harian Metro/Nur Aisyah Mazalan

Bapa, Mohd Khairul Nizam bergegas ke taman permainan berdekatan rumah selepas dihubungi polis kira-kira jam 10.30 malam memaklumkan anaknya telah ditemui.

Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu.

Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.

Terdahulu, Khairul Nizam berkata, jam 4.30 petang semalam, Damia memberitahu ingin bermain di rumah rakan baiknya yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah.

Jam 5 petang anak keduanya, Nur Rania pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas