Connect with us

Oh! Media

Ditarik Masuk Kereta, Seorang Pelajar Perempuan Nyaris Jadi Mangsa Culik

Trending

Ditarik Masuk Kereta, Seorang Pelajar Perempuan Nyaris Jadi Mangsa Culik

Sejak akhir-akhir ini, kes melibatkan penculikan kanak-kanak dilihat semakin serius dan kian meningkat dari tahun ke tahun selepas banyak kejadian dilaporkan berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Tipu Diculik, 3 Beradik Sanggup Komplot Minta Wang Tebusan Pada Bapa

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 4,471 orang kanak-kanak telah diculik sejak tahun 2017 yang mana 4,399 daripadanya telah dijumpai dan selebihnya masih hilang.

Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak kecil mereka sentiasa dikawal ketat serta tidak membenarkan mereka bersendirian di kawasan awam.

Pelajar perempuan berusia 13 tahun nyaris jadi mangsa culik

Terbaharu, terdapat kejadian sama membabitkan aktiviti jenayah penculikan selepas seorang pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun nyaris menjadi mangsa.

Kejadian itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak, selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden yang tular di media sosial itu.

Berdasarkan siasatan, kejadian dikatakan berlaku di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya pada pukul 6.50 pagi tadi.

Remaja perempuan yang tidak diberitahu namanya itu dipercayai baru tiba di sekolah tersebut dengan menaiki van sekolah.

Ketika mangsa sedang menuju masuk ke sekolah, dia telah disapa oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Sohaimi berkata, lelaki tersebut dipercayai telah memanggil mangsa bagi meminta bantuan kepada pelajar tersebut untuk menghantar satu borang namun pelajar tersebut enggan.

Sedar akan perkara itu, mangsa terus ditarik masuk ke dalam kereta sebelum berjaya melepaskan diri kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dengan melompat keluar dari kenderaan.

Selepas berjaya meloloskan diri, mangsa kemudiannya meminta pertolongan daripada orang awam dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian ini, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk sedang giat mengesan suspek.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan mampu dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun serta dikenakan denda.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas