Trending
“Dia Kata Dah Bersedia, Mohon Maaf” – Suami Dedah Panggilan Terakhir Zizi Kirana Sebelum Ditahan
Yusuf Bahrin kongsi panggilan terakhir sebelum Zizi Kirana ditahan tentera IDF.
Suami kepada aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin berkongsi rasa sebak apabila kapal yang dinaiki isteri dipintas tentera IDF.
BACA: Hanya Tiga Kapal GSF Bawa Rakyat Malaysia Masih Berhubung
Memetik laporan Astro Awani, Yusuf berkata, isterinya itu ada menghubunginya buat kali terakhir sebelum ditahan pada awal pagi Khamis.
Zizi kata sudah bersedia, minta doa dan mohon maaf
Jelasnya, kali terakhir berbuak dengan Zizi sekitar jam 1.40 pagi waktu Malaysia melalui panggilan video.
Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya saat dimaklumkan. Rasa dunia saya gelap, tak tahu nak cakap apa. Tetapi saya reda dan bangga dengan perjuangan isteri saya.
Dalam panggilan itu, Zizi meluahkan rasa lega dapat mandi kerana sebulan berada di atas kapal mereka hanya guna air laut.
Zizi juga berkata, dia sudah bersedia dan meminta Yusuf mendoakan dirinya. Zizi turut memohon maaf dan meminta dihalalkan makan minum sepanjang hidup sebagai isteri sebelum talian ditamatkan.
Sekitar jam 8.30 pagi, Yusuf pula menerima panggilan daripada Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengenai perkembangan terkini isterinya yang telah ditahan.
Pssttt! Oh! Media mendoakan agar semua sukarelawan termasuk Zizi Kirana dibebaskan dengan segera dan misi kapal lain ke Gaza dapat diteruskan.
Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM