Connect with us

Oh! Media

“Dia Datang Dari Pedalaman Mana Ni” – Netizen Kecam Wanita Tukar Pampers Anak Atas Meja Makan

Pampers

Trending

“Dia Datang Dari Pedalaman Mana Ni” – Netizen Kecam Wanita Tukar Pampers Anak Atas Meja Makan

Tengah sedap menjamu selera di kedai makan, tiba-tiba ada orang tukar pampers anak dekat atas meja makan. Apa perasaan korang kalau kena macam tu?

Haa, sebuah video telah tular di media sosial apabila ada seorang ibu menukar pampers anaknya di atas meja makan, di hadapan suami dan anak lelakinya.

BACA: “Dah Macam Kuah Kacang” – Netizen Terkejut Lihat Keadaan Tangki Air Penduduk Negeri Kelantan

IKLAN

Nak jadi seorang ibu ni bukanlah suatu kerja yang mudah, tetapi ini bukanlah tiket untuk melakukan sesuatu tugas itu dengan ‘selamba badak’.

Tukar pampers atas meja

@xiboba.saltedcaramel

mungkin mereka gatau kamar mandi ygy

♬ Pargoy Daun – putri_pass
Screenshot 2022 06 07 at 124610 pm
Screenshot 2022 06 07 at 124555 pm

Perbuatan seorang wanita yang menukar pampers anaknya di atas meja telah menerima kecaman yang sangat teruk oleh netizen.

Rata-rata mempersoalkan adakah wanita itu tidak tahu kewujudan tandas kerana dengan selamba je dia boleh tukar pampers anaknya di depan anak dan suami yang sedang makan.

Netizen yang bergelar ibu kebanyakannya tidak setuju dengan perbuatan wanita itu dan mengatakan dia tidak memiliki adab.

Screenshot 2022 06 07 at 125207 pm

Meja makan tak sesuai

Screenshot 2022 06 07 at 125249 pm
Screenshot 2022 06 07 at 125308 pm

Hilang selera makan

Screenshot 2022 06 07 at 125328 pm

Pelik dengan masyarakat sekarang, semuanya asal boleh je. Kalau ye pun, carilah satu tempat yang tersembunyi, jangan di atas meja makan.

Tapi kita pun tak boleh nak menghukum, tak tahu keadaan dan situasi sebenar yang dialami oleh wanita itu kan? Mana tahu dia memang terdesak kena tukar dekat situ, kita tak tahu. Jadi, jangan cepat sangat menghukum kalau tak tahu situasi sebenar.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas