
Trending
Bekas Staf View Chin Dedah Panjang Lebar Perangai Sebenar Majikan Dan Mira
Oleh
Nama usahawan, View Chin hangat diperkatakan selepas dia didakwa curang dan mempunyai hubungan dengan staf sendiri yang bernama Mira sejak beberapa hari lepas lagi.
Terbaru! Di Twitter ada seorang wanita mendakwa dirinya bekas pekerja di syarikat milik View Chin dan tampil membuat pendedahan tentang tingkah laku View Chin serta Mira ketika di office.
Menurutnya, dia telah berhenti kerja di sana pada tahun lepas ketika View Chin mula curangi isterinya dan mengatakan yang dia bukanlah seorang majikan yang baik.
I have never regretted my decision of resigning from this job a year ago when he started to cheat on his wife. Even before in love dengan mira tu, a lot things happened among us as staffs. Bukan toxic in marriage je but as a boss pun hauk, mc jatuh dkt tmpt kerja pun potong gaji https://t.co/QBn8f5Pl7t
— Hanim Rose (@hanimrosee) April 15, 2023
View Chin juga dikatakan akan tolak gaji jika ada pekerja yang mengambil cuti sakit meskipun disebabkan oleh Covid-19. Boleh pula macam tu?
Bukan tu jer, dia juga dedah bahawa bekas majikannya itu sering mengajaknya keluar berdua dengan alasan untuk membuat makeover.
Menuruti kata bos, gadis yang bekerja sebagai pereka fesyen syarikat tersebut bersetuju untuk keluar namun katanya View Chin hanya banyak bercakap tentang kehidupan peribadi dan cinta.
Bukan itu sahaja, dia juga akan merajuk dengan staf jika permintaan untuk keluar bersama ditolak serta turut ‘sembang lucah’ dengan pekerja.
Wanita ini turut memberi ‘mesej’ kepada si ‘penyondol’ rumah tangga majikannya itu dan mendedahkan bahawa dia suka ‘racun’ View Chin.
Kepada penyondol yang asyik berlagak macam dia lady boss, arah orang itu ini sedangkan kau duduk meja buka microsoft blank page pastu acah terpaling bekerja. The attitude astaga aku malas cerita panjang.
Sementara itu, dia turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak menghentam semua pekerja wanita yang lain di syarikat berkenaan terutamanya ‘Anak Dato’.
Katanya, dalam hal ini tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain hanya View Chin dan si gadis ‘penyondol’ itu.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
