Connect with us

Oh! Media

Trending

Di ‘Prank’ Sempena Hari Jadi, Netizen Puji Pemilik Mydin Langsung Tak Melenting

Bercakap mengenai Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, pasti ramai ayng mengenali Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang dilihat sering mendekatkan dirinya dengan masyarakat sekeliling serta cakna dengan isu semasa.

BACA: Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

IKLAN

Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat turut aktif menonjolkan dirinya melalui media sosial rasmi pasaraya terkenal berkenaan dengan menunjukkan gayanya yang bersahaja.

Di ‘prank’ sempena hari jadi

Beberapa hari yang lalu, tular satu video ‘prank’ yang dimuatnaik akaun rasmi pasaraya Mydin di TikTok bersempena ulang tahun kelahiran Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.

@mydinmalaysia Staff MYDIN buat prank sempena Birthday Datuk Ameer! Jom tengok full video di Youtube MYDIN TV!#AmeerMydin #BirthdayPrank ♬ original sound – Mydin Malaysia

Menerusi video tersebut, pemandu peribadi kepada Datuk Dr. Ameer Ali memaklumkan bahawa kenderaan yang dinaiki mereka mengalami sedikit kerosakan dan meminta agar majikannya itu untuk menaiki lori supaya cepat tiba ke lokasi yang mereka tuju.

Namun, Datuk Dr. Ameer langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan memarahi pemandu peribadinya itu bahkan dia terus bersetuju untuk menaiki lori.

@akak_wani #hepibesday🎉 ♬ original sound – user:akak_wani

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuatnaik pengguna TikTok bernama akak_wani, ketika sedang dalam perjalanan menaiki lori, Datuk Ameer dan isterinya dilihat sungguh bersahaja menaiki lori sebelum bertanyakan soalan kepada pemandu lori tersebut selepas melihat sebuah kamera yang terlindung.

@akak_wani Reply to @adindaroffa ♬ original sound – user:akak_wani

Terkejut dengan soalan itu, pemandu tersebut lantas memberikan alasan yang munasabah sebelum meneruskan perjalanan.

Setiba sahaja mereka di lokasi yang dituju, Datuk Ameer terkesima selepas disambut dengan tarian singa sebelum berjalan masuk ke dewan bagi upacara memotong kek.

Penyabarnya Datuk Ameer

Perkongsian yang tular di TikTok itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka memuji sikap Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin dan isterinya yang sangat penyabar dan sungguh bersahaja walaupun di ‘prank’ para pekerjanya.

Seronok lihat keakraban antara Datuk Ameer bersama para pekerjanya. Apa-apa pun, selamat hari jadi kami ucapkan buat Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin dan semoga terus sukses dalam perniagaan.

Kredit: TikTok mydinmalaysia | TikTok akak_wani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas