Connect with us

Oh! Media

DFP Umum Pembatalan Program ‘Stand Up’ Komedi Harith Iskander Malam Ini

Ohmedia harith

Trending

DFP Umum Pembatalan Program ‘Stand Up’ Komedi Harith Iskander Malam Ini

Pihak pengurusan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) mengumumkan program ‘stand-up’ komedi Harith Iskander yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan.

Dalam kenyataan rasmi yang dibuat, pihak DFP memohon maaf kepada peminat yang terkesan dengan pembatalan tersebut.

Program dibatalkan, tukar tiket atau dapat bayaran balik

Harith Iskander 2

Bagi mereka yang telah membeli tiket, jangan risau kerana DFP memberi dua pilihan sama ada mahu menukar ke acara lain atau menuntut bayaran balik sepenuhnya.

IKLAN
  1. Tiket boleh ditukar dengan mana-mana konsert DFP atau MPO lain sepanjang musim ini.
  2. Jika tak berminat, anda boleh mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.

Namun, pembeli tiket hendaklah buat permohonan sebelum 8 Februari melalui kaedah pembayaran asal. Jangan tangguh, takut nanti terlepas tarikh akhir pula!

16 laporan polis terhadap Harith Iskander

Harith Iskander

Terdahulu, pelawak Harith Iskander menjadi bualan hangat gara-gara memuat naik gambar kopi ham sap dengan kapsyen yang mengundang provokasi.

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang kepada pengikut media sosialnya mempersendakan agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan sudah 16 laporan polis diterima setakat ini.

#OhmediaNasihat

Dengan situasi yang sedang tegang, pembatalan ini mungkin langkah terbaik untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit.

Ohmedia harith

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: The Reporter


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas