Trending
Demi ‘Content’, Aisar Khaled Selamba Rakam Video Di Tengah Jalan Hingga Dihon Kereta
Siapa tak kenal dengan Aisar Khaled yang seringkali terpalit dengan pelbagai isu sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen. Setiap videonya pasti akan mendapat pelbagai respon negatif dari netizen selepas Aisar dilihat akan lakukan apa sahaja demi content di TikToknya.
BACA: “Tak Ready Untuk Fakta Ni” -Ramai Terkejut, Rupanya Suara Mickey Mouse Milik Khir Rahman!
Tak hirau dihon kereta
Kalau sebelum ini cabaran duit raya sebanyak RM1 ribu yang dibuat Aisar mendapat kecaman netizen selepas pemenang cabaran itu dikatakan adalah saudara kepada Aisar sendiri, kini Aisar kembali ‘bikin’ hal yang mengundang respon negatif netizen.
@maderbell93 Siapa sdh nama dia ne? helo pulis helooo pulis ada btl tgh jalan #aisarkhaleed #fyp #fypシ #viral #viraltiktok #fypシ゚viral ♬ original sound – Vince Caluag
Menerusi video yang dikongsi @maderbell93 di TikTok, dapat dilihat Aisar Khaled berjalan di tengah jalan di ibu kota semata-mata ingin menghasilkan ‘content’.
Aisar yang mengenakan sut berwarna merah dilihat berjalan dengan penuh bergaya sebelum dengan secara tiba-tibanya terjatuh di tengah jalan.
Menerusi video tersebut juga dapat dilihat bahawa kenderaan di sekelilingnya membunyikan kenderaan melihat aksi Youtuber itu.
Netizen pula yang malu



Macam-macam gaya dan cara akan dibuat sekarang ni semata-mata demi ‘content’. Asalkan awak bahagia lah ye Aisar.
Kredit: maderbell93

