Connect with us

Oh! Media

Demi Buktikan Diri Masih Perawan, Ada Seller Jual Selaput Dara Tiruan?

selaput dara tiruan

Trending

Demi Buktikan Diri Masih Perawan, Ada Seller Jual Selaput Dara Tiruan?

Demi membuktikan diri masih perawan, ada sesetengah gadis sanggup membeli selaput dara tiruan yang dijual secara online.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Ini Jawab Mengapa Tiada Dara Masa Malam Pertama

Memetik laporan mStar, semakan pihaknya mendapati selaput dara tiruan itu dijual serendah RM180 dan seller mendakwa alat itu mampu mengembalikan keperawanan wanita.

Menggunakan promosi ‘kembali dara tanpa pembedahan’, peniaga yang berlokasi di Bera, Pahang itu mendakwa selaput tiruan itu akan mengeluarkan darah yang tidak banyak seakan-akan pecah dara kali pertama.

Tulis peniaga itu lagi, produk tersebut juga tidak menyakitkan dan harga mampu milik selain menunjukkan kesan yang segera tanpa perlu melakukan pembedahan.

Difahamkan, produk tersebut dibuat menggunakan red dye liquid yang memberi kesan seakan-akan darah manusia yang sebenar.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, ‘selaput dara tiruan’ yang dijual itu tidak dapat membuktikan ia mampu bertindak sebagaimana selaput dara original.

Jelasnya, sedikit pendarahan adalah normal kerana selaput dara koyak tetapi ramai juga yang tidak mengalami pendarahan meskipun masih dara.

Tiada kajian klinikal atau saintifik terhadap pendarahan sebegini, malahan tiada sebarang kajian terhadap kesan cecair pengganti darah tersebut kepada wanita atau lelaki yang terlibat.

Tambahnya lagi, produk yang dijual hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan daripada mana-mana gadis yang risau dengan sejarah hitam hidup mereka.

Bagaimanapun, penggunaan selaput tiruan adalah cubaan untuk menipu diri sendiri dan pasangan.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas