Connect with us

Oh! Media

Dedah Perangai ‘Toxic’ Bapa Kandung, Puteri Balqis Dikecam Netizen Kerana Buka Aib?

Puteribalqis

Trending

Dedah Perangai ‘Toxic’ Bapa Kandung, Puteri Balqis Dikecam Netizen Kerana Buka Aib?

Semalam tular di media sosial memaparkan video podcast Puteri Balqis bersama saluran YouTube brosgangtv yang mendedahkan perangai sebenar bapanya yang dikatakan seringkali melakukan penderaan dari segi mental dan fizikal terhadap Aqish dan ibunya.

BACA: Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat

Menurut Aqish, dia dan ibunya terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan apabila bapa kandungnya itu sering berkelakuan jijik dan bernafsu binatang terhadap mereka berdua.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Aqish turut mendedahkan bahawa dia hanya mampu berdiam diri kerana kedua ibu dan bapanya mempunyai identiti dan penampilan yang berbeza di mana ibunya seorang yang bertatu manakala bapanya seorang yang mengenakan jubah dan kopiah serta sering ke masjid.

Susulan itu, ramai netizen berharap agar bapa Puteri Balqis dikenakan tindakan yang sewajarnya atas perbuatannya itu.

Netizen dakwa Aqish buka aib keluarga?

Namun begitu, seorang pengguna Twitter tampil meluahkan rasa ketidakpuashatiannya apabila ada juga segelintir netizen yang menjadikan konteks darah daging sendiri sebagai tiket untuk ‘menghalalkan’ perbuatan keji ayah kandung Aqish itu.

Dapat dilihat beberapa tangkap layar menunjukkan komen-komen mengecam tindakan Puteri Balqis yang didakwa membuka aib bapa kandungnya sendiri.

Fby4hwyagayfofk
Fby4hzfaiaazdgw
Fby4hutakaa5gxo

Sepertinya, masih ramai yang tak tahu bezakan antara aib dan juga jenayah. Rata-rata tinggalkan komen macam mereka ni berada di tempat mangsa pula.

Kredit: YouTube | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas