Connect with us

Oh! Media

DD Chronicle Nafi Pendatang, Tegaskan Lahir Dan Dibesarkan Di Malaysia

Dd

Trending

DD Chronicle Nafi Pendatang, Tegaskan Lahir Dan Dibesarkan Di Malaysia

Pempengaruh media sosial, DD Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e tampil membuat laporan polis berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.

Memetik laporan Sinar Harian, Dediy berkata, dakwaan mengatakan dia pendatang asing adalah tidak bertanggungjawab dan tak berasas.

Tegasnya, dia dilahirkan serta dibesarkan di negara Malaysia. Dia juga telah bersekolah di negara ini jadi dia pelik dari mana datangnya dakwaan mengatakan dia orang luar.

IKLAN

Biarpun ibu bapa saya memegang kad pengenalan merah, tapi ALLAH takdirkan saya lahir di sini, jadi saya rasa dakwaan yang mengatakan saya pendatang asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras.

Dia juga menyatakan tindakannya berkempen mewakili parti politik tak sepatutnya jadi isu kerana dia juga mempunyai hak untuk menentukan nasib anak cucu kelak.

Malaysia merupakan negara demokrasi, jadi saya merasakan tidak menjadi salah untuk saya menyokong atau memilih wadah politik tertentu.

Dediy bertindak membuat laporan polis mengenai dakwaan tak benar itu selepas emosi isteri dan anaknya terjejas. Dia merasakan ianya sudah melampau dan perlu menghentikan dakwaan dengan segera.

Dd chronicle

Sementara itu, peguam Asiah Abd Jalil memaklumkan anak guamnya turut membuat laporan polis berkenaan satu polisi insurans yang tertulis nama Dediy.

Dediy difahamkan tak pernah membuat apa-apa permohonan, menandatangani surat persetujuan atau sebarang kontrak dengan skim insurans sebagaimana tular.

Kredit: Sinar Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas