Trending
Datuk Seri Vida Pertikai Tuntutan Sita Isu Hutang RM1 Juta
Penyitaan beberapa kereta mewah milik usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
BACA: Datuk Seri Vida Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Hutang RM1 Juta
Menurut laporan Kosmo, tindakan itu dibuat atas tuntutan hutang berjumlah RM1 juta oleh seorang kontraktor dan perkara dikatakan sendiri peguamnya iaitu Datuk Adnan Seman.
Datuk Seri Vida sedang nilai tindakan seterusnya

Menurut peguamnya lagi, DSV kini berada di luar negara dan telah memberikan arahan untuk menyiasat dokumen berkaitan pelaksanaan writ penyitaan.
Untuk rekod, saya bukanlah peguam yang mengendalikan kes tuntutan tersebut ketika penghakiman diperoleh melalui Keputusan Adjudikasi bertarikh 31 Mei 2019. Ketika itu, saya belum menjadi peguam kepada DSV.
Beliau juga menyatakan yang DSV mempertikaikan tuntutan tersebut dan langkah undang-undang akan diambil selepas dokumen-dokumen berkaitan diperiksa dengan teliti.
Saya diarahkan oleh anak guam untuk menyatakan bahawa tuntutan tersebut sememangnya dipertikaikan dan saya akan meneliti semua dokumen berkaitan bagi menentukan tindakan seterusnya di sisi undang-undang.
Isu penyitaan tular di media sosial

Tindakan penyitaan yang melibatkan beberapa kereta mewah milik DSV ini menjadi bahan bualan di media sosial.
Namun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak DSV berhubung perkara ini.
Saya diarahkan oleh anak guam untuk menyatakan bahawa tuntutan tersebut sememangnya dipertikaikan dan saya akan meneliti semua dokumen berkaitan bagi menentukan tindakan seterusnya di sisi undang-undang,” tambahnya.
#OhmediaNasihat
Apa yang boleh kita pelajari daripada kes ini ialah pentingnya memahami hak dan tanggungjawab kita dalam sebarang urusan perundangan. Jika berdepan isu seperti ini, pastikan dokumen lengkap, semak fakta, dan dapatkan khidmat guaman untuk memastikan tindakan yang diambil selari dengan undang-undang.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM