Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Siti Nurhaliza Hanya Beli Sehelai Baju Raya

Oh! Artis

Datuk Seri Siti Nurhaliza Hanya Beli Sehelai Baju Raya

Sebelum ini tular isu artis beli baju raya lebih 30 helai yang mengejutkan netizen. Apa yang lagi mengejutkan apabila penyanyi, Tokti mendedahkan dia hanya membeli sehelai sahaja baju raya buat dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: Gelaran Biduanita Negara Bakal Dianugerahkan Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Memetik laporan mStar, sejak bergelar ibu, penyanyi tersohor itu lebih fokus membuat persiapan buat dua orang anaknya berbanding diri sendiri.

Siti juga berkata baju baru yang dibeli akan dipakai pada satu Syawal dan selebihnya dia akan mengenakan pakaian lama yang masih elok.

Apabila sudah ada dua anak, fokus saya memang kepada mereka. Sya pula sebagai ibu, okay sahaja ada satu dua helai baju jadilah.

Mana baju lama boleh dipakai, saya pakai tapi raya pertama kenalah baju baru.

Penyanyi juga menyatakan kebiasaanya suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memilih tema mereka sekeluarga dan tahun ini warna kelabu dan biru menjadi pilihan.

Sementara itu, Siti juga berkata dia tetap menajga pemakanannya semasa hari raya untuk mengekalkan berat badan ideal.

Kita kalau dah sebulan puasa tak boleh terus makan banyak. Saya pun mula jaga pemakanan semenjak konsert tempoh hari.

Penyanyi itu juga mendedahkan dia telah turun lapan kilogram dengan lakukan sukan Muay Thai dan bersenam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas