Connect with us

Oh! Media

Datang Dari Luar Untuk Elak Masalah Keluarga, 4 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

20221210 100549 0000

Trending

Datang Dari Luar Untuk Elak Masalah Keluarga, 4 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Baru-baru ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memuat naik satu posting di Facebook berkongsi mengenai satu keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta.

BACA: “Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?” – Bekas Isteri Dakwa DDNK Ambil Semua Kereta Sampai Menyusahkan

Melalui posting itu, keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua orang anak telah tinggal di dalam kereta sejak beberapa minggu yang lalu.

IKLAN

Konflik keluarga

Screenshot 20221210 093728 facebook

Menurut LZS, keluarga itu telah berhijrah ke Selangor disebabkan oleh konflik keluarga dan terpaksa memulakan kehidupan baru di sini.

Mereka hanya mengharapkan duit harian ketua keluarga yang bekerja sebagai buruh untuk menampung makan minum. Namun, ianya tidak cukup untuk menyewa rumah yang selesa.

Hati kami tersentuh tatkala melihat anaknya yang baru berusia dua tahun hanya bermain di dalam kereta dan nampak sedikit tekanan pada wajahnya akibat mungkin terlalu lama duduk, tidur dan berbaring hanya di dalam kereta. – Lembaga Zakat Selangor

LZS juga memaklumkan bahawa mereka telah menghulurkan bantuan wang tunai buat keluarga itu bagi menampung kos makan minum serta berehat sementara di hotel bajet.

Komen warganet

Screenshot 20221210 093911 facebook
Screenshot 20221210 093934 facebook

Posting tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. Rata-rata komen daripada warganet juga mendoakan agar urusan keluarga kecil itu dipermudahkan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas