Connect with us

Oh! Media

Dashcam Rakam Anak Gajah Yang Dilanggar Lori Sedang Bermanja Dengan Ibunya Sebelum Kejadian

anak gajah

Trending

Dashcam Rakam Anak Gajah Yang Dilanggar Lori Sedang Bermanja Dengan Ibunya Sebelum Kejadian

Tragedi yang meragut nyawa seekor anak gajah jantan di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli kini menjadi perhatian hangat selepas satu video menyayat hati tular di media sosial.

Menurut laporan Kosmo, anak gajah itu kelihatan bermain manja bersama ibunya di tepi jalan sebelum dilanggar lori muatan ayam menerusi video yang dimuat naik oleh @zaquan.

Ni anak gajah yang kena langgar semalam. Masa lalu, dia main tepi jalan je dengan mak dia.

Video undang sebak netizen

Rakaman tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka dan perkongsian. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan geram selepas mengetahui insiden yang berlaku tidak lama selepas rakaman tersebut diambil.

IKLAN

Dia tak tahu itu ‘moment’ terakhir dia dengan ibunya.

Kalau kereta boleh perlahan, kenapa lori tak boleh?

Netizen nampak anak gajah sebelum kejadian

pemandu lori gajah

Seorang pengguna bernama Zuwieta turut berkongsi pengalaman apabila melihat anak gajah itu bersendirian pada sebelah petang hari kejadian.

Saya pun lalu jalan tu. Rasa menyesal tak halau dia balik hutan. Kalau tak, mesti dia hidup lagi.

Pssttt! Hidupan liar juga punya rasa dan keluarga. Bila kita masuk ke kawasan mereka, belajarlah untuk perlahan, peka dan hormat. Jangan tunggu tragedi baru timbul kesedaran.

Kredit: Kosmo | Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas