Connect with us

Oh! Media

Dakwa Mufti Perlis Biayai Kos Peguam, Shakila Saiful Sekali Lagi Keluarkan LOD Terhadap Bekas Mentua

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 29t151307150

Trending

Dakwa Mufti Perlis Biayai Kos Peguam, Shakila Saiful Sekali Lagi Keluarkan LOD Terhadap Bekas Mentua

Baru-baru ini tular, tokoh agamawan ASWAJA iaitu Ustaz Engku Fadzil telah memuat naik satu hantaran di Facebook meminta sumbangan daripada orang ramai untuk kos guaman peringkat rayuan.

Dalam perkongsian tersebut, Engku Fadzil juga mendakwa bekas menantunya itu telah mendapat biaya daripada Mufti Perlis, namun tidak mengesahkan perkara tersebut dengan jelas.

Hantaran yang dibuat oleh Shakila Saiful

Photo 2024 10 29 14 56 35

Terbaharu, bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful sekali lagi telah mengeluarkan LOD (surat tuntutan) bagi pihaknya dan juga Dr Maza iaitu Mufti Perlis terhadap Engku Fadzil.

IKLAN

Difahamkan, tindakan itu dibuat atas sebab Engku Fadzil telah menfitnahnya dengan mengatakan Mufti Perlis telah membiayai peguam Shakila melalui dana peribadi dan/atau dana zakat.

Ekoran hantaran Facebook tersebut, peguam saya telah pun mengeluarkan LOD bagi pihak saya dan juga Dr Maza (Mufti Perlis) terhadap Engku Fadzil atas cerita “Mufti Perlis membiayai peguam Shakila melalui dana peribadi dan/atau dana zakat” kerana ia merupakan satu tohmahan jahat dan fitnah beliau.

Ujarnya, surat tuntutan tersebut juga telah diterima dan ditandatangani oleh pihak beliau pagi tadi.

LOD tersebut telah pun diterima dan ditandatangani oleh pihak beliau pagi tadi.

Terdahulu, Ustaz Engku atau Engku Fadzil menyaman bekas menantunya yang juga merupakan bekas ratu cantik negara atas sebab dikatakan Shakila telah menfitnahnya di media sosial tentang pengguguran kandungan.

Namun, didapati Engku Fadzil gagal membuktikan kes dan pihaknya perlu membayar RM25,000 kepada Shakila.

Shakila juga telah membuat kes saman balas berkaitan dengan dakwaan penipuan.  Dia memaklumkan bahawa Engku Fadzil melalui bekas suaminya Engku Fakhruddin telah memujuknya untuk menggugurkan kandungan dengan alasan bahawa Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan tersebut.

Walaubagaimanapun, mahkamah telah berpihak kepada Shakila kerana dapat mebuktikan kes.

Dalam pada itu, mahkamah telah mengarahkan mereka untuk membayar ganti rugi tambahan sebanyak RM80,000.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 29t151307150

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Thread @shakilasaiful_official


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas