
Trending
Dakwa Ebit Lew Punca Keluarga Jadi Gelandangan, Caprice Minta Belajar Dari Mondy
Oleh
Nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi bualan hangat selepas seorang wanita mendakwa pendakwah itu mungkir janji menyebabkan dia dan keluarga jadi gelandangan.
BACA: Individu Dakwa Pendakwah Terkenal Mungkir Janji, Jadi Gelandangan Lepas Kena Halau Dari Rumah Sewa
Dakwanya, Ebit Lew tak membayar sewa rumah dan bil elektrik seperti yang dijanjikan menyebabkan mereka dihalau tuan rumah.
Mengulas kepada isu tular itu, penyanyi rap Caprice meminta individu tersebut tak bergantung dengan bantuan semata-mata.
Jika diberikan tubuh badan yang sihat sehingga boleh menulis di Facebook, Caprice mencadangkan individu itu cari kerja.
Katanya lagi, individu tersebut harus mengambil contoh gelandangan Indonesia, Mondy yang asalnya tidur di tepi jalan tapi mampu berdikari dengan menjual sambal dan akhirnya memiliki kedai tatu.
Jumpa di tepi jalan tak ada rumah, jual sambal dan akhirnya dia berdikari buka kedai tatu. Ini namanya bijak.
Di ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan pendapat Caprice dan memohon individu itu tak hanya mengeluh di media sosial.
Kredit: Instagram Caprice
