Connect with us

Oh! Media

Daiyan Trisha Tergelak Bila Dikatakan Jadi Isteri Keempat Lelaki VVIP

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Daiyan Trisha Tergelak Bila Dikatakan Jadi Isteri Keempat Lelaki VVIP

Daiyan Trisha nafi gosip jadi isteri keempat lelaki VVIP, anggap hanya bahan lawak.

Kalau sebelum ni nama Daiyan Trisha pernah dikaitkan dengan macam-macam gosip panas, kali ni lain pula ceritanya.

Tiba-tiba muncul cerita kononnya penyanyi jelita ni dah pun jadi isteri keempat kepada seorang lelaki VVIP.

Tapi korang jangan cepat percaya sangat, sebab Daiyan sendiri pun tergelak besar bila dapat tahu gosip pelik tu.

IKLAN

Respon Daiyan Trisha bila dikatakan jadi isteri nombor 4…

9425

Daiyan Trisha atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tu. Katanya, isu ni langsung tak masuk akal dan dia tak terfikir pun nak ambil pusing.

Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya pun tak tahu apa saya buat sampai setiap kali isu seperti ini keluar nama saya pula.- Jelasnya.

Bagi Daiyan, benda macam ni tak lebih daripada bahan lawak je untuk dia dan tak layak nak diperbesarkan.

Sudah terbiasa jadi bualan netizen…

Ohmedia daiyan Trisha

Dalam masa sama, Daiyan mengaku dia dah lali dengan gosip-gosip yang tak betul ni. Katanya, dulu dia mungkin cepat terasa, tapi sekarang dia dah malas nak layan.

Dulu orang kata saya ada sugar daddy, sekarang orang cakap saya isteri keempat pula. Saya dah tak rasa apa-apa sebab macam kelakar. Kalau dulu saya tepis semua gosip, sekarang ni saya malas layan.- Ujarnya lagi.

Sebelum ni, ada cerita panas yang tular mendakwa seorang pelakon wanita berusia 31 tahun sudah bernikah dengan lelaki VVIP sebagai isteri keempat selepas lama bercinta. Nama Daiyan pun terus dikaitkan, walaupun dia sendiri menafikan habis-habisan.

Pssttt! Biasalah korang, bila dah jadi artis mesti tak lari dari gosip panas. Tapi macam Daiyan kata, benda yang tak betul janganlah kita ambil hati sangat. Hidup ni lagi tenang kalau kita tak layan benda yang remeh. Jadi, kalau korang kena fitnah atau dikata macam-macam, buat cara Daiyan je – senyum dan teruskan hidup.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas