Connect with us

Oh! Media

“Dah Macam Kuah Kacang” – Netizen Terkejut Lihat Keadaan Tangki Air Penduduk Negeri Kelantan

Trending

“Dah Macam Kuah Kacang” – Netizen Terkejut Lihat Keadaan Tangki Air Penduduk Negeri Kelantan

Masalah yang berkaitan dengan sumber air bersih di Kelantan seringkali menjadi bual mulut dalam kalangan netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Hamil Tujuh Bulan Mati Ditembak Di Perut

Dalam beberapa ketika, sumber air bersih di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilihat seakan tidak cukup bersih untuk digunakan penduduk sebagai kegunaan harian mereka.

Dah macam kuah kacang

Baru-baru ini, tular di Twitter beberapa keping gambar yang dipercayai merupakan keadaan tangki air yang dihadapi penduduk di negeri Kelantan.

Ciapan dibuat pengguna yang menggunakan nama @lelarentaka2021 itu mendatangkan rasa jijik dan geli dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyamakan keadaan tangki air itu dengan juadah makanan seperti kuah kacang dan gulai daging.

Netizen kecewa

Perkongsian di Twitter itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka berasa kecewa dengan pihak bertanggungjawab yang seakan bersikap sambalewa dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Kesian rakyat kena hadapi perkara sebegini.

Kredit: Twitter The Dialogue

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas