Connect with us

Oh! Media

ustaz kazim

Trending

Dah Jumpa Enam Pakar Perubatan, Penyakit Ustaz Kazim Masih Misteri?

Sebelum ini Ustaz Kazim dikejutkan dengan sakit misteri yang tidak diketahui sebabnya. Tiga bulan lalu, Ustaz Kazim ada menjalani pembedahan di kakinya namun tiada apa-apa yang berlaku dan selepas jumpa enam pakar perubatan pun masih tidak mengetahui jenis sakit yang dialaminya.

BACA: Muka Berubah 70% Dari Wajah Asal, Ustaz Kazim Akui Terkena Penyakit ‘Ain

IKLAN

Menerusi laporan Utusan, pembedahan dilakukan di sebuah hospital pakar di Ipoh dan yang menghairankan, tak ada apa-apa yang berlaku semasa pembedahan, termasuklah tiada darah dan nanah yang keluar dari kaki ustaz yang bengkak.

Doktor kata ustaz tak ada penyakit

ustaz kazim

Saya ada makan ubat cair darah dan orang seperti saya ini jika luka sedikit akan berlaku pendarahan, namun tiada apa-apa berlaku. Saya ada juga merakam gambar pembedahan itu untuk simpanan.

Ustaz Kazim menjelaskan beliau sudah berjumpa dengan enam orang pakar perubatan namun penyakit yang dihadapi beliau masih misteri kerana sampai sekarang mereka masih tidak ketahui jenis penyakit yang dihidapinya.

Sejak menghidap penyakit tersebut, beliau telah menjalani beberapa kali pemeriksaan kesihatan di hospital pakar di Ipoh.

Pada masa ini saya masih lagi menjalani rawatan dengan enam pakar perubatan, saya turut ikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI), ambil darah, spesimen dan sampel. Selain itu, saya juga menjalani rawatan alternatif.

Namun setiap kali berjumpa doktor, saya akan menerima jawapan daripada mereka yang mengatakan saya tiada penyakit dan tidak mengetahui punca sebenar penyakit.

Ustaz Kazim reda dengan ujian yang diberikan kepadanya kerana beliau yakin Tuhan mahu beri sesuatu yang istimewa buatnya apabila bermacam-macam penyakit menimpanya.

Semoga Ustaz Kazim segera sembuh dan dipermudahkan urusannya untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas