Connect with us

Oh! Media

“Dia Datang Kejar-Kejar Balik” – Dakwaan Curang Dengan Anak Artis, Lelaki Ini Mengaku Lemah

marissa dania

Oh! Artis

“Dia Datang Kejar-Kejar Balik” – Dakwaan Curang Dengan Anak Artis, Lelaki Ini Mengaku Lemah

Anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania pernah menjadi perhatian ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan sopan santun.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Marissa terpalit kontroversi apabila seorang wanita mendakwa Marissa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

BACA: “Memang Sedap Bersangka-Sangka” – Anak Dituduh Penyondol, Abby Abadi Minta Orang Ramai Cari ‘Pahala’ Dulu

Marissa yang baru berusia 18 tahun juga dikatakan menjadi punca dia dan suami berpisah meskipun anak masih kecil.

Terbaru, bekas isteri memuat naik rakaman video ketika ahli keluarganya bersemuka dengan bekas suami bernama Aslam.

anak
marissa

Dalam rakaman itu, Aslam mengaku dia sudah berusaha untuk berubah namun tewas apabila Marissa dikatakan terkejarkan dirinya semula.

Sekarang ni Aslam nak main nama Allah pun semua orang dah tak percaya dah. Aslam minta maaf pun dah tak ada guna. Tapi yang Aslam boleh cakap, sebelum ni selepas Aslam berjanji tu memang Aslam nekad nak berubah.

Satu bulan lebih macam tu, dia datang balik kejar-kejar balik. Aslam tak boleh. Aslam pernah cakap dekat abang Fairul, Aslam punya kelemahan satu je bang. Aslam tak boleh lawan kelemahan sendiri.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan aktor Norman Hakim mengenai isu yang dikaitkan dengan Marissa Dania.

Abby Abadi pula ada memuat naik hantaran di Instagram Stories memaklumkan akan memberi kenyataan dalam masa terdekat.

BACA: “Memang Sedap Bersangka-Sangka” – Anak Dituduh Penyondol, Abby Abadi Minta Orang Ramai Cari ‘Pahala’ Dulu

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas