Connect with us

Oh! Media

Dah Boleh Solat Jarak Setengah Meter, Johor Laksana Solat Hajat Setiap Hari Elak Musibah

johor

Trending

Dah Boleh Solat Jarak Setengah Meter, Johor Laksana Solat Hajat Setiap Hari Elak Musibah

Alhamdulillah! Setelah hampir setahun lebih penjarakkan jemaah di surau dan masjid ditetapkan satu meter, kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan supaya solat fardu dan solat Jumaat dijarakkan hanya setengah meter.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tiada Yang Tercemar” – Surah Yasin Dan Karpet Solat ‘Terpelihara’ Dari Banjir

Menerusi laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi telah menguatkuasakan perubahan ini pada Jumaat, 7 Januari hingga satu tarikh yang bakal diumumkan kemudian.

Laksana solat hajat setiap hari selepas maghrib

johor

Tosrin juga menyatakan negeri Johor bakal melaksanakan solat hajat setiap hari selepas solat magrib dan selepas solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau untuk kesejahteraan rakyat.

Tujuannya adalah bagi memohon kesejahteraan buat negeri dan negara daripada segala musibah dan wabak penyakit.

Selain itu, program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama ditambah daripada tempoh masa hanya satu jam kepada dua jam.

Bacaan qunut Nazilah juga harus dibaca dalam solat jumaat di seluruh negeri.

Semoga perubahan ini dapat mengangkat segala musibah dan penyakit dari negeri Johor dan negara tercinta, Malaysia. Semoga Allah dengar rintihan umatNya dan berikan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas