Connect with us

Oh! Media

“Tiada Yang Tercemar” – Surah Yasin Dan Karpet Solat ‘Terpelihara’ Dari Banjir

Trending

“Tiada Yang Tercemar” – Surah Yasin Dan Karpet Solat ‘Terpelihara’ Dari Banjir

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan keadaan bilik solat dan Al-Quran yang berada dalam keadaan bersih seolah-olah tidak terkena banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rumah Berlumpur Tapi Bilik Solat, Al-Quran Bersih Macam Tak Kena Banjir

Perkara itu didedahkan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun ketika menyertai misi menyelamatkan mangsa banjir termasuklah meninjau keadaan rumah di sana.

@syarminn

Asbab sehari amal 1 hingga 2 juzuk ##ustazahasmaharun ##banjir2021 ##banjir

♬ original sound – syrmn

Ketika lawatan itu, dia cukup tergamam selepas melihat keadaan sebuah bilik solat yang bersih dan tidak berlumpur sedangkan bahagian rumah yang lain penuh dengan kesan kotor.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kebesaran Allah SWT selain turut menjadikan kejadian itu sebagai iktibar akan kebesaran Yang Maha Esa.

Ramai terkejut, Surah Yasin dan karpet solat bersih dari sebarang lumpur

Bagaimanapun, terdapat perkara sama yang turut berlaku di sebuah sekolah menengah di bandar Kuala Lipis selepas terjadi sebuah kejadian mengenai kekuasaan Allah SWT.

Hal itu selepas tiga naskhah surah Yasin dan karpet alas sembahyang yang disimpan di atas meja sebelum kejadian banjir di sekolah itu masih dalam keadaan baik dan bersih.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, perkara itu diketahui selepas beberapa individu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah bilik kakitangan sekolah tersebut.

Keajaiban pada kita makhluk yang tak punya apa-apa menyaksikan kehebatan Allah SWT dalam keadaan yang tidak tercapai akal memikirkannya. SubhanAllah.

Berdasarkan hantaran itu, naskah Yasin tersebut masih dalam keadaan sempurna di dalam bekas atas meja walaupun bilik tersebut dipenuhi dengan air lumpur.

Yang menghairankan tiga naskhah surah Yasin berkenaan tidak dilekati dengan lumpur banjir, kering walaupun menyaksikan peralatan lain yang ada di bilik sekolah tersebut dipenuhi lumpur dan rosak.

Lebih mengejutkan, karpet yang digunakan sebagai alas untuk sembahyang juga turut dalam keadaan bersih serta kering dari sebarang kekotoran.

Dalam pada itu, orang ramai mula menzahirkan rasa teruja terhadap kejadian itu kerana dapat menyaksikan kebesaran Yang Maha Esa dalam memelihara perkara yang dikehendakinya.

Kredit: Facebook SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas