Connect with us

Oh! Media

Dadah Bernilai RM2 Juta Dirampas, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

Suamiisterirm2juta

Trending

Dadah Bernilai RM2 Juta Dirampas, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

Sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dengan aktiviti mengedar dadah ditahan pihak polis beserta dadah bernilai RM2 juta dalam dua serbuan berasingan dibuat di Ipoh.

BACA: Tular Video Beri Anak Minum Racun, Suami Isteri Ditahan Pihak Polis

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan di sebuah pusat makanan manakala isterinya, seorang wanita warga Vietnam berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan kira-kira jam 4.40 petang.

IKLAN

Hasil penangkapan tersebut, pihak polis telah menemukan 10 bungkusan plastik yang mengandungi bahan dadah jenis methamphetamine dalam kenderaan yang dipandu lelaki terbabit.

Pemeriksaan susulan telah dilakukan di sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh dan menjumpai 10 bungkusan plastik disyaki dadah jenis sama.

Polis turut menyita seutas jam tangan berjenama, rantai kaki, sebentuk cincin serta seutas rantai tangan manik. Anggaran jumlah keseluruhan harta yang disita bernilai RM83,315.

Dalam pada itu, suspek lelaki yang bekerja di kedai cermin dan aluminium didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita yang tidak bekerja didapati negatif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.

Datuk Mior Faridalathrash turut menambah bahawa dadah yang dijumpai dipercayai dilakukan untuk pasaran tempatan boleh dibekalkan kepada kira-kira 200,000 penagih.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara masyarakat dengan agensi penguat kuasa dan polis akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran dadah dari semasa ke semasa.

Kedua-dua suspek yang aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lepas telah direman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas