Connect with us

Oh! Media

Bapa Melutut Depan Anak Lepas Ditengking Sebab Tak Mampu Belikan iPhone

Bapa Melutut

Oh! Tidak

Bapa Melutut Depan Anak Lepas Ditengking Sebab Tak Mampu Belikan iPhone

Hanya disebabkan sebiji iPhone, seorang anak bertindak menghina bapa kandung kerana tak mampu belikan telefon idamannya itu. Si bapa juga difahamkan sampai sanggup melutut depan anak.

BACA: Wanita Rasa Tertipu Dengan Aisar Khaled, Tak Dapat ‘iPhone 15’ Seperti Dijanjikan

Menurut laporan South China Morning Post, kejadian yang berlaku di China itu sempat dirakam oleh seorang pejalan kaki, Zhong yang mengatakan perbualan antara dua beranak itu sangat kuat sehingga menarik perhatiannya.

IKLAN

Gadis tersebut dilihat menghina bapanya secara berterusan di khalayak ramai kerana tak mampu membelikan telefon pintar jenama terkemuka itu.

Ibu bapa lain boleh belikan anak mereka iPhone. Kenapa ayah tidak ada duit?

Disebabkan malu dengan hinaan dari anak, si bapa melutut sambil menggelengkan kepala memohon maaf kepada anaknya dan menyalahkan dirinya kerana gagal tunaikan permintaan.

Lebih menyedihkan, baju lelaki tua itu ditarik oleh anaknya kerana menganggap tindakan bapanya itu memalukan.

Bangun! Cepat bangun!

Disebabkan tidak tahan melihat perbuatan gadis ini, Zhong berkongsi video dua beranak itu di akaun Weibo miliknya.

Hantaran itu meraih 91 juta tontonan dan rata-rata pengguna media sosial itu telah mengecam gadis berkenaan kerana tindakan yang dianggap keterlaluan.

Kredit: South China Morning Post

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas