Connect with us

Oh! Media

Cubaan Merasuah ASP RM120,000 Gagal, Lelaki Ditahan Miliki Dadah

Cuba Rasuah Asp

Trending

Cubaan Merasuah ASP RM120,000 Gagal, Lelaki Ditahan Miliki Dadah

Tindakan sorang lelaki berusia 36 tahun untuk merasuah seorang polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) sebanyak RM120,000 membawa padah apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara, Shah Alam, semalam.

Menurut laporan Kosmo, lelaki tersebut yang merupakan juruteknik pendingin hawa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada pukul 9.25 malam.

Siasatan awal mendapati pegawai kanan polis berpangkat ASP itu terlebih dahulu ditawarkan wang tunai berjumlah RM100,000 oleh rakan suspek bagi melepaskannya daripada dikenakan tindakan undang-undang.

IKLAN

Perkara tersebut berlaku kerana rakan suspek risau akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan memiliki dadah dan memperuntukkan mati madatori sekiranya disabitkan kesalahan.

Wang tersebut kemudiannya diberikan oleh suspek tersebut sebanyak RM120,000, kira-kira 10 minit sebelum ditangkap pada hari yang sama.

Suspek yang ditahan telah direman 7 hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali .

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas