Connect with us

Oh! Media

“Content Punya Pasal Hilang Otak” – Netizen Bengang Lelaki Isi Minyak Tengah Jalan

Trending

“Content Punya Pasal Hilang Otak” – Netizen Bengang Lelaki Isi Minyak Tengah Jalan

Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan beberapa buah kereta mewah dilihat berada di tengah jalan yang sesak sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penonton yang melihatnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dahlah Cermin Tak Tinted” – Netizen Kecam Babak Siti Saleha Dan Shah Iskandar Dalam Kereta

Dalam video tersebut, sebuah kereta mewah Mustang difahamkan telah kehabisan minyak dan pemilik kenderaan tersebut dilihat sedang mengisi petrol dalam keretanya di tengah jalan raya.

https://twitter.com/AbangDon__/status/1496924645789880320?s=20&t=Ay-X3JZZtTwSVAaHXYSe5A

Malah, terdapat beberapa buah kenderaan jenis sama yang turut ‘menemani’ pemilik kenderaan kehabisan minyak itu.

Minyak habis la bro, duit pokai la bulan ni bro, bayar road tax pun dah RM20,000 bro.

Pemuda tersebut bersama rakan-rakannya sempat berbual kecil sekaligus membuatkan netizen geram dan beranggapan tindakan mereka itu telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

content

“Macam bodoh padahal boleh je tolak tepi dulu, tapi content punya pasal hilang otak.” tulis seorang netizen.

Video tersebut dipercayai telah dimuat naik pengguna TikTok yang dikenali sebagai @asaari.usamah dan telah menerima ribuan tontonan dan juga komen daripada pengguna media sosial.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas