Connect with us

Oh! Media

Coldplay Mohon Maaf, Sayang Peminat Malaysia

coldplay

Oh! Artis

Coldplay Mohon Maaf, Sayang Peminat Malaysia

Kumpulan muzik antarabangsa Coldplay, memohon maaf sekiranya kedatangan mereka untuk membuat persembahan di Malaysia akan menyinggung perasaan mana-mana pihak.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, kehadiran kumpulan berkenaan untuk menganjurkan konsert di negara ini telah mendapat bantahan daripada segelintir pihak.

Menurut Chris Martin, vokalis kumpulan tersebut berkata dia tetap akan menyayangi rakyat di negara ini kerana mempunyai sikap mesra dan peramah.

Chris Martin yang ditemu bual bersama penyampai radio Hitsz FM, Anne Jacyntha dan Arnold Loh.

Sesiapa yang tidak gembira dengan kedatangan kami ke negara ini, saya minta maaf dan akan tetap menyayangi kamu.

Setiap kali bertemu rakyat Malaysia, saya seolah jatuh cinta dengan kemesraan mereka. Semua orang dialu-alukan hadir ke konsert kami.

Kami sayang semua rakyat Malaysia dan tiada yang terkecuali.

Malah, penyanyi dan komposer 46 tahun itu berkata dia amat teruja kerana buat pertama kalinya kumpulan tersebut bakal beraksi di Malaysia.

Saya sangat teruja. Kami bertuah sebab antara matlamat kami adalah untuk mengunjungi negara yang belum pernah dilawati.

Kuala Lumpur adalah destinasi yang kami idamkan sejak sekian lama dan kami gembira akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sini nanti.

Dalam pada itu, Konsert Coldplay Music of Spheres World Tour yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November depan telah meraih sambutan yang tinggi apabila tiket konsert yang dijual ‘licin’ hanya dalam tempoh tiga jam kaunter online dibuka.

BACA: “Tak Nak Pergi, Jangan Pergi” – Khairy Jamaluddin Minta PAS Henti Cakap Pasal Coldplay

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas