Connect with us

Oh! Media

“Chia Tak Lagi Pegang Kewarganegaraan” – Isu Lawak Melampau, Singapura Mohon Maaf

jocelyn chia

Trending

“Chia Tak Lagi Pegang Kewarganegaraan” – Isu Lawak Melampau, Singapura Mohon Maaf

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon meluahkan rasa terkejut dengan komen yang dikeluarkan pelawak, Jocelyn Chia dalam satu pementasan komedi baru-baru ini.

ADVERTISEMENT
jocelyn chia

Susulan itu, beliau tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang telah tersinggung. Ujarnya, Chia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-katanya sama sekali tak mencerminkan pandangan Singapura.

Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

Vanu Gopala dalam satu kenyataan berkata, Singapura Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.

Komen-komen yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya.

Terdahulu, tular video rakaman memaparkan pelawak berasal dari Singapura Jocelyn Chia menggunakan kata-kata kesat serta menghina negara Malaysia.

BACA: “F*ck You, Malaysia” – Buat Lawak Persenda Tragedi MH370, Pelawak Ini Dikecam

Dia pada awalnya membuat perbandingan dari segi kemajuan negara. Kemudian dia menyebut mengenai tragedi kehilangan kapal terbang MH370.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas