
Trending
CEO Batu Ditamatkan Serta-Merta Sebagai Duta KDA FC
Baru-baru ini tular di media sosial kontroversi melibatkan seorang influencer popular dikenali sebagai CEO Batu.
Aktivis dan penyanyi rap Caprice mendedahkan influencer berkenaan telah menghantar mesej tidak senonoh kepada remaja bawah umur.
BACA: CEO Batu Ditahan Polis, Didakwa Ganggu Remaja 14 Tahun Dengan Mesej Lucah
Terbaru, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan telah mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrak individu terbabit sebagai duta rasmi kelab.
Penamatan kontrak duta rasmi KDA FC

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram Story KDA FC, pihak pengurusan kelab menjelaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, terutama yang melibatkan aspek undang-undang.
Pihak KDA FC tidak berkompromi dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah laku dari segi undang-undang.
Pihak kelab turut memaklumkan bahawa penamatan kontrak CEO Batu berkuat kuasa serta-merta selepas isu tersebut menjadi perhatian umum.
Berkuatkuasa serta merta

Oleh yang demikian, pihak KDA FC dengan ini telah menamatkan kontrak CEO Batu serta-merta.
Terdahulu, CEO Batu telah ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh ibu kepada mangsa selepas anaknya mendakwa menerima mesej dan gambar tidak senonoh pempengaruh itu.
Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan telah mendapat perhatian meluas netizen.
Pssttt! Bila kita diberi pengaruh dan kepercayaan oleh masyarakat, tanggungjawab moral menjadi lebih besar. Jangan sampai tindakan melampau hancurkan masa depan sendiri.
Kredit: Instagram kedahdarulamanfc
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
