
Trending
‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok Bukan Contoh Baik, Sampai DG Hisham Pun Tegur
Oleh
Tindakan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh memegang rokok ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW2022) mengundang teguran daripada Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
BACA: Noh Salleh Selamba Catwalk Sambil Pegang Rokok Di KLFW2022, Ini Reaksi Netizen
Menerusi satu hantaran di Twitter, DG Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang dicetuskan artis ini. Katanya, tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai adalah satu contoh yang tidak baik terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai. Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak2 & remaja. pic.twitter.com/xczzeOxaYI
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2022
Tambah beliau, setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti perlu membantu KKM bagi memastikan merokok menjadi satu budaya yang tak diterima lagi dalam masyarakat.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan pandangan DG Hisham. Menurut mereka, penyanyi itu perlu diambil tindakan untuk memberinya pengajaran.


Kredit: Twitter DGHisham
