Connect with us

Oh! Media

Carl Samsudin Ketemu Pak Cik Hadi, Tampil Mohon Maaf

Trending

Carl Samsudin Ketemu Pak Cik Hadi, Tampil Mohon Maaf

Tular sebelum ini sebuah video menunjukkan seorang usahawan yang dikenali sebagai Carl Samsudin bertindak meninggikan suara terhadap seorang warga emas.

ADVERTISEMENT

BACA: Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Usahawan Carl Samsudin

Perilaku individu tersebut dilihat tidak sopan memandangkan cara percakapan serta nada suaranya yang tidak sewajarnya dilemparkan kepada pak cik tersebut.

Usahawan tersebut bagaimanapun bertindak ‘mengunci’ sementara laman Instagramnya selepas video berkenaan tular di media sosial.

Perkara itu mendapat kecaman daripada netizen selain turut mendapat perhatian daripada selebrit tanah air yang mempertikaikan aksi kurang sopan usahawan tersebut.

Carl Samsudin mohon maaf

Selepas sehari berdiam diri, Carl kembali bersuara dengan mengucapkan permohonan maaf di laman Instagram miliknya.

Hantaran Instagram Carl Samsudin memohon maaf kepada rakyat Malaysia

Dia juga turut menghuraikan segala kesalahannya serta berjanji akan bertemu dengan Pak Cik Hadi bagi memohon maaf secara berdepan.

Carl Samsudin Bertemu Pak Cik Hadi

Melalui hantaran dibuat pada laman Instagramnya, Carl sudah melunaskan janjinya dengan bersemuka dengan Pak cik Hadi.

Berdasarkan hantaran itu, dia sudah pun menyesali perbuatan dirinya itu selain turut meninggalkan kapsyen ringkas berbunyi I am sorry.

Hantaran Instagram Carl Samsudin bertemu Pak cik Hadi

Yusof Azmi turut menyertai

Selain daripada bersemuka dengan Pak Cik Hadi, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi turut menyertai perjumpaan itu.

Dia dilihat bersama-sama Carl Samsudin dan Pak Cik Hadi duduk di kerusi sambil membincangkan sesuatu berkenaan isu yang hangat berlaku itu.

Perkara itu dimuat naik oleh Carl melalui Insta Story miliknya.

Insta Story Carl Samsudin

Dia juga turut berterima kasih kepada Yusuf Azmi melalui hantarannya yang dilihat banyak membantu dari segi memberikan nasihat kepada Carl.

Ambil yang keruh, buang yang jernih

Yusuf Azmi turut mengucapkan tahniah kepada Carl melalui laman Instagram miliknya selepas dia berani memohon maaf secara terbuka keatas kesalahannya itu.

Alhamdulillah, saudara Carl Samsudin sudah pun berhubung dengan saya dan akan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya yakin, pastinya saudara Carl tiada niat untuk menghina. Namun, kadang kala kata-kata kita itu boleh menguriskan hati seseorang tanpa kita sedar.

hantaran Instagram Yusof Azmi

Walaubagaimanapun, Yusof Azmi juga turut menasihati usahawan itu untuk menjadikan tindakannya itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Dia juga turut mendoakan agar urusan saudara dan Pak Cik Hadi sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Kredit: Instagram Carl Samsudin I Instagram Yusof Azmi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas