Connect with us

Oh! Media

Calon SPM Carut Cikgu Terima Lima Saman

Trending

Calon SPM Carut Cikgu Terima Lima Saman

Kecoh di media sosial minggu lepas mengenai satu gambar ‘viral’ yang memaparkan pelajar sekolah sedang menaiki motosikal. 

ADVERTISEMENT

Lebih menyedihkan apabila salah seorang daripada pelajar itu dilihat telah memakai baju yang diconteng dengan tulisan menghina cikgu. Manakala, seorang lagi pelajar pula dilihat tidak memakai topi keledar. 

Kesemua pelajar lelaki itu juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipercayai baru saja selesai menduduki peperiksaan pada hari itu.

Polis Kelantan hari ini di media melaporkan telah pun mengeluarkan lima saman trafik kepada dua orang pelajar yang membonceng motosikal itu termasuk lah seorang pelajar yang menconteng belakang baju sekolahnya dengan perkataan kesat kepada cikgu.

Datuk Shafien Mamat selaku Ketua Polis Kelantan berkata, pihaknya sudah pun menjalankan siasatan selepas mereka menerima laporan mengenai tindakan pelajar-pelajar itu dan kes pula akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pihak Polis Kelantan dikatakan sudah pun mengambil keterangan daripada kedua-dua pelajar itu, seterusnya kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Saya menasihatkan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah supaya menjaga kelakuan dan jangan menunjukkan sikap biadap.

Generasi muda pada hari ini tidak sepatutnya menunjukkan perbuatan seperti itu dan dalam masa sama menjadi ingatan kepada ibu bapa supaya memainkan peranan memastikan kelakuan anak-anak sama ada berada di sekolah atau luar rumah.

Selain itu, tanamkan juga semangat cintakan guru-guru sebagaimana kita menyayangi seseorang dan saya menyeru kepada remaja-remaja di luar sana supaya belajar daripada kesilapan orang lain. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas