Connect with us

Oh! Media

Cabul & Rogol Anak Tiri Bawah 12 Tahun, Tukang Kebun Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Cabul & Rogol Anak Tiri Bawah 12 Tahun, Tukang Kebun Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki yang merupakan tukang kebun didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Tanah Merah, Kelantan. Tertuduh yang berusia 58 tahun itu berdepan dengan lima pertuduhan merogol serta mencabul anak tirinya antara Disember 2028 hingga Mei lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan. Menurut laporan Berita Harian, tertuduh telah memegang anggota badan anak tirinya yang berusia kurang 12 tahun pada Disember 2018 dengan pertuduhan pertama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa merogol anak tirinya pada Januari hingga April 2019, Februari 2020, April dan Mei lepas.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan terima hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta 10 kali sebatan minimum.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Julai ini dan mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas